05 Jun 2009

Sekuntum Bunga

Menghampiri tempoh hayat blog ini yang semakin hampir, saya ingin mengabadikan sekuntum bunga khas buat pengunjung-pengunjung blog ini sebagai kenang-kenangan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi.

Bunga ini saya dedikasikan juga kepada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, kawan dan kenalan yang saya kasihi.Moga ukhuwwah kekal selamanya.


02 Jun 2009

Blog Ini Akan Ditamatkan

InsyaAllah mulai 19 Jun 2009, blog kesayangan saya ini akan dihentikan dan dibiarkan sebagai arkib untuk tulisan-tulisan saya yang lepas-lepas. Saya akan berpindah sepenuhnya ke blog 'serius' saya iaitu Pencak Bicara MHM (http://hasbiemuda.wordpress.com).

Blog ini ibarat isteri pertama, bila sudah hilang serinya maka isteri kedualah tempat bermadu kasih. Cukuplah hubungan kami selama hampir 3 tahun. Blog ini diwujudkan sewaktu saya masih di tahun pertama UM, 2006. Cinta atas dasar suka-suka, cinta monyet.

Sekarang sudah jumpa cinta sejati. InsyaAllah 19 Jun nanti blog ini akan saya ceraikan dengan talak satu.

p/s:Moga cinta saya dengan 'isteri kedua' berkekalan.huhu..

30 Mei 2009

Rindu Zaman Sekolah

Ini gambar tahun 2000, ketika saya masih seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.Rindu pada teman-teman lama yang pernah hidup sebumbung.

Jadi budak form 1 sememangnya sengal.Saya tak boleh lupa masa Minggu Orientasi Tingkatan 1.Kawan baik saya, Sharif Ahmad al Kelantani yang bergegas ke tandas apabila diminta untuk memperkenalkan diri di kalangan kawan-kawan kelas 1 Neptun.Spontan dia melarikan diri dan kami pula terbahak-bahak ketawa.

Tak boleh lupa jugak fenomena mencipta istilah baru.SMAPK ada banyak istilah-istilah baru yang kami mula pelajari masa di tingkatan satu.Antaranya:

1) Isngat maknanya tak ingat.
2) Tashu maknanya tak tahu.
3) Bascer maknanya tak baca.
(Huruf s yang di tambah di tengah-tengah akan membawa makna sebaliknya)

4) Sodorm maknanya solat dalam dorm (antara perkara terkutuk pada ketika itu).
5) Kareb maknanya buang air besar.
6) ...

dan banyak lagi..saya pun tak berapa nak ingat..Cuma saya yakin,kalau dikumpulkan kesemuanya mungkin boleh dihasilkan satu kamus.Kamus Istilah SMAPK..haha..

Apapun, zaman sekolah semenangnya terlalu indah untuk dikenang-kenang...

Bersangka Baik !

"Ish.. apesal la mak cik ni.Tiap hari tak bukak kedai ker?..."
Getus hati saya apabila kedai jahit di situ, yang saya telah hantar seluar untuk dialter masih tertutup rapat walaupun hari ini adalah hari berkerja.

"Dah la weekend tutup, weekdays pun tutup jugak ker? Ni la orang Melayu.Orang lain berbisnes, kita nak berbisnes jugak..."
Saya agak berang sebab bukan mudah untuk curi-curi keluar dari tempat ofis, Matrade ke PJ.Lunch hour cuma sejam.Jarak dah la makan lebih setengah jam untuk pergi balik...Aiyyyaa...

Setakat ni dah tiga kali saya jengah kedai ni, tiga-tiga kali tak bukak!

"Akak tau tak kenapa mak cik kedai depan ni jarang bukak? Ke dia dah tutup kedai?"
Saya bertanya kepada seorang akak yang kebetulan tengah berurusan di kedai depan.

"Ish.. adik tak tau ker? Mak cik tu eksiden jumaat lepas."

Hah! Saya tersentak!

"Dan dia dah meninggal.Kesian..." akak tu sempat minta saya hubungi suami mak cik tadi untuk apa-apa urusan.

Aduhai...Saya telah bersangka buruk pada orang yang telah meninggal dunia.Mak cik tu meninggal sehari selepas saya hantar seluar kepadanya, Khamis..Bersalah sungguh rasanya...

Teringat tentang kisah yang Stephen Covey coretkan dalam bab-bab awal buku 7th Habitsnya.

Bersangka baik adalah kewajipan.Bukan lagi pilihan!

p/s:Al Fatihah buat mak cik .. Moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang salih...

23 Mei 2009

Mahasiswakini


Saya akan menulis serba sedikit pandangan saya tentang web utama mahasiswa Malaysia.Pandangan itu akan disiarkan di laman Pencak Bicara MHM (http://hasbiemuda.wordpress.com)

Jumpa nanti!

18 Mei 2009

Sehari Sebuah Buku

Baru saya tahu, rupa-rupanya praktikal adalah masa terbaik untuk membaca.

Masa sangat bernilai di MATRADE.Masuk ofis 8.30 pagi, balik rumah 5.30.Kerja pulak tak banyak lagi..Huhu...

So, membaca buku kerja yang paling afdhal baranglaki.

p/s: So, saya dengan rendah diri melancarkan kempen "Sehari Sebuah Buku" kepada teman-teman yang sedang berpraktikal esp. Fadzil Rusailin, Don Asyraf, Dauh, Abe Miroul, Ejat, dll.
p/p/s:Thanks We Mad (YDP MPMUM) untuk buku-bukumu yang melimpah ruah.Buat bekalanku di hari-hari kebosanan ini.
p/p/p/s:Tiru trademark blog Abang Eyman.Amik mana yang baik.haha..

12 Mei 2009

Internship

Dah dua hari saya di Menara MATRADE, Jalan Duta. Agak penat. Keluar pukul 7.40pagi balik pukul 5.30 petang. Balik-balik dah jadi macam ayam berak kapur.Biasa kalau kuliah kat fakulti banyak jugak masa rehat..Huhu...
Masa untuk berubah agaknyea.

Mujurlah buat praktikal sekali dengan 5 lagi member satu fakulti. Miroul, Nik Daus, Yusof, Mursyid dan Ejat.So tak de la rasa boring dan malu-malu kucing dengan pegawai dan kakitangan kat situ.

Pegawai-pegawai dan staf kat situ pun ok. So, tak de la rasa segan sangat.

Pagi tadi join perhimpunan bulanan MITI.Sempat jugak la dengar ucapan Tok Pa @ Dato' Mustafa Mohamad.Salute habis dengar pengalaman dia sejak jadi pegawai PTD sampailah sekarang. Bukan mudah nak jadi macam dia. Kerja kuat.

Kita bagaimana?

05 Mei 2009

Novel Kanak-Kanak

Beberapa hari lepas, dalam satu program kepimpinan , saya sempat menyelitkan pesanan kepada peserta (adik-adik junior saya) agar banyakkan membaca buku.Buku yang saya maksudkan adalah buku-buku ilmiah dan tidak termasuk novel.

Mungkin ada yang tidak bersetuju, namun mungkin ramai juga bersetuju.Bagi saya , novel bukanlah bahan bacaan yang baik.Maksud saya bukanlah bahan bacaan yang baik untuk dijadikan sebagai hobi.

Ini hanya pandangan saya.Ibrahim Haji Yaacob - sahabat sefakulti saya mungkin tak setuju.Sejak 2007, dia mengesyorkan berulang kali agar saya menjengah novel 'Ayat-Ayat Cinta' tulisan Habiburrahman El Syairazy.Namun sampai sekarang saya masih membacanya.Entah apalah yang bagus sangat dengan novel itu... Haha..

Sebenarnya novel bukanlah pilihan kalau saya nak membaca.Saya lebih meminati buku-buku seperti autobiografi tokoh, pemikiran tokoh, ekonomi dan buku-buku berkaitan politik.

Walaupun tidak berminat, bukan bermakna tidak pernah membaca novel.Selain novel-novel wajib masa di bangku sekolah (..melampau giler..haha..), ada satu novel yang saya masih terkesan sehingga hari ini.Novel yang pernah saya baca seawal usia 8 tahun dan memberikan satu kenangan yang kekal sehingga hari ini.

Novel kanak-kanak itu karangan Ghazali Ngah Azia (Kalau tak silap la..saya lupa tajuknya).Novel itu mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lingkungan 9,10 tahun yang tinggal bersama neneknya selalu sakit dan ibu saudaranya yang sangat garang.Dia juga kerap didera ibu saudaranya.Dia punyai seorang teman rapat yang akhirnya telah meninggal dunia kerana dipatuk ular.

Plot cerita novel tersebut menarik dan meruntun jiwa.Barangkali novel itu membentuk jiwa saya yang lebih penyayang kepada anak-anak saudara.(angkat bakul sudah...)

Setiap kali ke kedai buku, saya cuba jugak intai-intai kalau-kalau novel itu masih ada sebab novel dalam simpanan sebelum ini dah hilang rasanya.Dah lebih 10 tahun hilang kalau tak silap.